Berbekalkan semangat 1Malaysia, Persatuan Tarian Singa Kun Seng Keng Muar (KSK) membuka keahlian kepada semua kaum di negara ini sehingga menjadi jaguh dalam tarian tradisi itu, bukan saja di peringkat nasional, malahan di persada antarabangsa.
Buktinya, kesepaduan dan keharmonian yang ditonjolkan dalam setiap persembahan tarian singa, menyaksikan mereka meraih rekod sebanyak 75 kali di peringkat domestik dan 68 kali di peringkat antarabangsa.
Naib Pengerusi KSK, Ang Kuan Yau, berkata apa yang menggembirakannya ialah persatuan berkenaan muncul juara selepas dua tahun ditubuhkan ketika bertanding di Hong Kong pada 1990.